Reach out to us!

By Siti Fatimah Nasir - 24 May 2017

Kuala Lumpur: Usaha menghasilkan kek cawan dan barangan kraftangan ternyata tidak sia-sia apabila dua sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Muda dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentul Utama, menerima hadiah utama dalam kategori Anugerah Sekolah Terbaik di bawah program ‘English@Clic’ di Dewan Auditorium, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, semalam.

Program yang dianjurkan secara bersama Sentul Raya Sdn Bhd (SRSB), DBKL dan Kementerian Pendidikan itu adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah bagi memenuhi inisiatif tanggungjawab sosial korporat di sekitar Sentul.

Pengarah Eksekutif SRSB Datuk Hamidah Makhtar berkata, program itu memberi sokongan terhadap Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tahun 2013 hingga 2025 dengan mengaplikasikan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran di sekolah.

“Menerusi program ini, kita juga mahu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris terhadap pelajar dengan penglibatan 112 guru di setiap sekolah di kawasan berkenaan.

“Bukan itu saja, kita juga mahu meningkatkan peluang pekerjaan kepada generasi muda yang kurang bernasib baik di Sentul dan meningkatkan status sosioekonomi masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis anugerah itu, semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif (Perancangan) DBKL Datuk Mohd Najib Mohd dan Pengarah Program YTL Foundation Datin Kathleen Chew.

Menurut Hamidah, program yang bertemakan ‘My Community Project’ itu adalah pertandingan antara sekolah yang menyumbang terhadap projek komuniti dengan mengetengahkan tema pendidikan berkualiti, perubahan iklim, bandar raya lestari dan tiada kemiskinan di dalam projek mereka.

“Pertandingan melibatkan penyertaan dari 22 sekolah rendah dan 11 sekolah menengah yang melibatkan guru serta pelajar mencari jalan penyelesaian tentang masalah yang dihadapi masyarakat setempat selaras dengan matlamat pembangunan yang mampan,” katanya.

Bagi peringkat sekolah rendah, SK Batu Muda sebagai penerima hadiah utama membawa pulang frog classroom bernilai RM100,000, manakala SK Segambut menerima RM7,000.

Sementara itu, SMK Sentul Utama yang memenangi kategori utama peringkat sekolah menengah turut menerima frog classroom bernilai RM100,000, manakala SMK Seri Puteri meraih RM7,000.

Semua sekolah yang memenangi anugerah ini memenuhi kriteria yang ditetapkan SRSB di mana mereka perlu mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam bidang ICT dan bijak menggunakan semua teknologi yang ada di dalam setiap projek.

Source: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/231883/projek-berasas-ict


[siteorigin_widget class="SiteOrigin_Widget_PostCarousel_Widget"][/siteorigin_widget]

Sign Up for Our
Touchpoints Newsletter


Find out about how we are impacting our communities. Sign up here for our quarterly newsletter!
YTL Foundation was founded in 1997 on the belief that education is the basis on which every society progresses. By improving education, empowering future generations and building tomorrow’s leaders, YTL Foundation aims to empower individuals and communities to be catalysts of change.

More Information

Helpful Links

Terms & Policies

Menu

Get In Touch

ADDRESS
YTL Foundation
[199701006074 (421570-A)]
32nd, Menara YTL
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Follow Us
Copyright © 2022 YTL Foundation [199701006074 (421570-A)]. All rights reserved
menu