Belajar Dari Rumah – Lanjutan

BERITA GEMPAK UNTUK PENERIMA TELEFON BELAJAR DARI RUMAH

Mudah belajar dari rumah dengan sambungan 5GB data PERCUMA sehingga 31 Ogos 2022

Sebagai sebahagian daripada komuniti belajar dari rumah, kami ingin memastikan anak-anak anda dapat belajar dari rumah dengan mudah dan lancer terutamanya ketika pandemik ini. Sebagai tanda sokongan, YTL Foundation dan YES akan melanjutkan tempoh pengesahan pelan data Belajar Dari Rumah anda.

Dapatkan Data Percuma dengan Aplikasi Frogplay

Aplikasi Frogplay mengandungi lebih daripada 13,000 kuiz dalam semua subjek teras dan ia telah dikemas kini dengan ciri-ciri BARU termasuk pelajaran dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, dan Sains. Dapatkan data YES PERCUMA apabila anak anda melengkapkan Cabaran Mingguan 4 subjek dan kuiz. Lebih banyak mereka belajar, lebih banyak mata ganjaran dan data yang mereka dapat!

Mudahkan pembelajaran dalam talian sekarang dengan naik taraf bateri PERCUMA!

Apabila anda melanggan untuk melanjutkan pelan data, kami akan hantar bateri naik taraf* untuk telefon pintar anda secara percuma. Dapatlah anda untuk terus menggunakan telefon lebih lama serta melancarkan proses pembelajaran dalam talian. Nikmati juga pembelajaran di Aplikasi FrogPlay, beli-belah keperluan harian secara dalam talian atau berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan bila-bila masa yang anda mahukan.
*Kuantiti terhad

Tebus data sambungan anda sebelum 27 September 2021

Apabila pelan anda sekarang yang bertempoh 12 bulan tamat, anda akan menerima pelan baru 5GB data secara PERCUMA setiap bulan sehingga 31 Ogos 2022. Anda cuma perlu melengkapkan borang di sini.