Reach out to us!

Soalan Lazim Belajar Dari Rumah

Bahan Pembelajaran Percuma, Kuiz Revisi Percuma, 7GB Data Internet Percuma

Bagi menyokong ibu bapa, YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia akan membekalkan 7GB data Internet dan akses sumber pembelajaran percuma kepada semua murid sekolah kerajaan. 

Melalui inisiatif ini, semua murid sekolah rendah dan menengah boleh mengakses: 

  1. Bahan pembelajaran percuma yang selaras dengan kurikulum sekolah kebangsaan Malaysia untuk membolehkan murid mengikuti sukatan pelajaran sekolah di rumah.
  2. Kuiz Revisi percuma dengan memuat turun aplikasi mudah alih FrogPlay.
  3. 7GB Data percuma untuk murid belajar dari rumah. 

Layari ytlfoundation.org/learn sekarang!

BELAJAR: Sumber Pembelajaran Percuma
1. Bagaimana saya boleh belajar dari rumah semasa sekolah ditutup?
Kami telah menghasilkan pembelajaran dari rumah menjadi lebih mudah:

1. Jawab kuiz ulangkaji melalui aplikasi FrogPlay Mobile dalam telefon bimbit/tablet untuk menguji pengetahuan anak anda dan meningkatkan pemahaman mereka. Kuiz meliputi semua subjek teras dan semua tahun, dan dicipta oleh syarikat penerbitan Pelangi dan Teach For Malaysia. Muat turun aplikasi mudah alih untuk bermula!
2. Daftar untuk mengakses kandungan tambahan mingguan untuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, untuk Tahun 1 hingga Tingkatan 5, untuk membantu anak-anak dengan pembelajaran mereka. Dicipta secara kerjasama bersama Pelangi, sumber pembelajaran ini selari dengan kurikulum Malaysia.

2. Apakah yang harus saya lakukan untuk mengakses sumber pembelajaran percuma tersebut?

Anda cuma perlu layari ytlfoundation.org/lessons dan cari bahan pembelajaran di dalam bahagian “Learn”.

3. Di manakah saya boleh mengakses bahan pembelajaran tersebut?
Anda boleh mengakses bahan pembelajaran tersebut menggunakan komputer riba ataupun mana-mana peranti mudah alih.
4. Apakah mata pelajaran yang tersedia untuk bahan pembelajaran tersebut?
Anda akan mempunyai akses kepada bahan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, daripada Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
5. Bagaimanakah saya tahu jika bahan pembelajaran telah dikemaskini?

Anda boleh melanggan untuk mendapat pemberitahuan apabila bahan pembelajaran telah dikemaskini, dengan meninggalkan emel anda di laman ytlfoundation.org/learn dalam bahagian “Learn”.

6. Bagaimanakah saya menggunakan bahan pembelajaran tersebut untuk membantu anak saya?

Untuk mempelajari cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut, tontonilah video ini di bit.ly/frogbelajar!

7. Bagaimana pula dengan Kuiz Revisi?

Untuk belajar dengan menjawab kuiz, muat turun aplikasi FrogPlay Mobile di telefon bimbit/tablet. FrogPlay mempunyai lebih daripada 5000 soalan kuiz untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5!

  1. Untuk Android Play Store: Layari http://bit.ly/frogplayandroid
  2. Untuk iOS App Store: Layari http://bit.ly/frogplayios
8. Bolehkah saya mengakses bahan pembelajaran menggunakan perkhidmatan Internet lain, selain data 40GB percuma YES?
Ya, anda boleh mengakses bahan pembelajaran menggunakan mana-mana perkhidmatan Internet yang tersedia untuk anda.
BELAJAR: Kuiz Revisi
1. Bagaimanakah saya mengakses Kuiz Revisi?

Untuk belajar dengan menjawab kuiz, muat turun aplikasi FrogPlay Mobile di telefon bimbit/tablet. FrogPlay mempunyai lebih daripada 5000 soalan kuiz untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5!

  1. Untuk Android Play Store: Layari http://bit.ly/frogplayandroid
  2. Untuk iOS App Store: Layari http://bit.ly/frogplayios
2. Saya Pengguna baru Frog. Bagaimana cara untuk log masuk?

Sebagai pengguna baru, anda boleh membuat akaun FrogPlay Mobile untuk pembelajaran dari rumah dengan menggunakan ID Facebook anda. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka Aplikasi
  2. Masukkan alamat https://frog.school
  3. Teruskan dengan Facebook
  4. Masukkan butiran log masuk Facebook
  5. Klik “Confirm” untuk ke skrin terma dan syarat.
3. Saya telah muat turun dan log masuk ke aplikasi FrogPlay Mobile. Bagaimana saya boleh mula untuk belajar?
1. Selepas log masuk, tekan 'Revise' untuk mula menjawab kuiz, pilih tahap (cth. Sekolah Rendah tahap satu), pilih subjek (cth. Sains), dan pilih kuiz dari senarai.

2. Untuk mencari kuiz tertentu (cth. Mengikut tahun anak anda), tekan butang tapis di bahagian atas sebelah kanan skrin untuk menjalankan carian lanjutan.

3. Dari halaman utama, anda juga boleh menekan 'Reports' untuk melihat skor kuiz anak anda. Selamat belajar!
4. Bagaimana untuk mencari kuiz khusus dalam aplikasi FrogPlay Mobile?
Dari skrin utama, tekan 'Revise' untuk mula menjawab kuiz, kemudian tekan butang tapis di bahagian atas sebelah kanan skrin untuk menjalankan carian lanjutan.
5. Bolehkah saya menggunakan laman web?

Tidak. Untuk Frogplay Mobile Home Learning, anda perlu muat turun aplikasi FrogPlay Mobile melalui Google Play Store menggunakan telefon bimbit / tablet.

  1. Untuk Android Play Store: Layari http://bit.ly/frogplayandroid
  2. Untuk iOS App Store: Layari http://bit.ly/frogplayios
6. Bolehkah saya menggunakan akaun FrogPlay Mobile saya untuk log masuk ke Frog VLE sekolah saya?
1. Akaun FrogPlay Mobile adalah untuk tujuan Belajar Dari Rumah, dan hanya boleh digunakan untuk mengakses aplikasi FrogPlay Mobile untuk membolehkan pembelajaran di rumah bagi tempoh masa ini.

2. Sebaik sahaja anda kembali ke sekolah, anda boleh meminta guru atau admin sekolah untuk memberikan Yes ID supaya anda boleh mengakses kesemua fungsi Frog VLE dalam persekiran sekolah anda. Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk mendapatkan YES ID sekolah anda, anda boleh menghubungi meja bantuan FrogAsia.
7. Bagaimana jika saya sudah mempunyai YES ID?~
1. Jika anda sudah mempunyai YES ID, anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih untuk iOS atau Android, dan log masuk ke aplikasi FrogPlay Mobile dengan alamat sekolah dan nama pengguna serta kata laluan anda seperti biasa.

2. Anda juga boleh mengakses VLE Frog dengan log masuk melalui http://hopin.frogasia.com dan dengan memuat turun semua aplikasi mudah alih Frog untuk membantu anda belajar pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Cari FrogAsia Sdn Bhd di Google Play Store atau Apple App Store untuk mencari aplikasi mudah alih kami!
8. Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan Internet lain selain data Internet Kad SIM Prabayar YES untuk memuat turun dan mengakses aplikasi FrogPlay?
Ya, anda boleh menggunakan mana-mana perkhidmatan Internet yang tersedia untuk memuat turun dan mengakses aplikasi FrogPlay pada peranti / telefon mudah alih anda.
9. Saya mempunyai soalan lain. Apa yang perlu saya lakukan?

Hubungi kami di Meja bantuan FrogAsia di support@frogasia.com atau 018-7997979, dan kami sangat berbesar hati untuk membantu! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Frog dan FrogAsia, layari laman web kami di www.frogasia.com.

DATA: Kad SIM YES dengan Data Percuma
1. Apakah 'Kad SIM Prepaid Online YES untuk program pendidikan Learn From Home' ("Program LFH")?
Program LFH terbuka kepada semua ibu bapa Malaysia dengan anak-anak yang belajar di sekolah rendah atau menengah kerajaan di Malaysia untuk membolehkan anak-anak mereka mengakses sumber pembelajaran dalam talian, termasuk Aplikasi FrogPlay Mobile pada bila-bila masa, di mana sahaja, terutamanya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
2. Apakah Bundle Program LFH?
Ia terdiri daripada:

1. PERCUMA Satu (1) Kad SIM Prabayar dengan Nombor Telefon YES;
2. Data LTE 40GB PERCUMA dengan Tempoh Sah Guna Akaun enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.
3. Bagaimana untuk menebus Bundle Program LFH?
Untuk menebus Bundle Program LFH, anda mesti mendaftarkan minat melalui www.ytlfoundation.com/learn dan memberikan maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan di laman tersebut.
4. Adakah terdapat pengesahan yang diperlukan untuk menyertai Bundle Program LFH ini?
Ya, anda akan menerima emel daripada kami dengan langkah-langkah seterusnya.
5. MyKad/MyKid anak saya hilang. Bolehkah saya mendaftar menggunakan surat lahir anak?
Ya, namun nombor ID yang diisi semasa pendaftaran mestilah sama dengan nombor ID dicetak pada bahagian atas dan kanan surat lahir anak.
6. Bagaimanakah saya tahu bahawa pendaftaran saya telah berjaya?
Pelanggan yang Layak akan menerima SMS dan Emel pengesahan bertajuk “Y E S to Education”.
7. Di manakah harus saya memungut KAD SIM Prabayar YES?
Agen penghantaran kami akan menghantar Kad SIM Prabayar YES kepada anda selepas proses pendaftaran berjaya.
8. Berapa banyakkah Bundle Program LFH yang boleh didaftar oleh setiap Pelanggan yang Layak?
Setiap Pelanggan yang Layak berhak mendaftarkan satu (1) anak untuk satu (1) Bundle Program LFH. Pelanggan yang Layak tidak boleh mempunyai, secara agregat, lebih daripada lima (5) akaun prabayar dengan YES.
9. Saya mempunyai beberapa orang anak. Bolehkah saya mendaftar untuk kesemua anak saya?
Permohonan baru dan data lanjutan adalah terhad kepada satu kad SIM untuk setiap MyKad.
10. Adakah Akaun Prabayar YES mempunyai tempoh sah laku?
Ya, Akaun YES Prabayar mempunyai Tempoh Sah laku Akaun enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.
11. Apakah akan berlaku selepas tempoh sah laku? Adakah saya akan dicaj pembayaran perkhidmatan?
Tidak, data Internet 40GB LTE adalah percuma dan hanya sah digunakan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari pengaktifan.
12. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan Kad SIM Prabayar YES setelah diterima?
  1. Layari https://shop.yes.my/shop/activate.do.
  2. Masukkan “Order No” (rujuk emel) pada kotak “Order ID” dan Nombor Telefon Yes pada kotak “Mobile Number”. 
  3. Klik pada butang “Activate” dan kad SIM anda akan diaktifkan dalam masa 2 minit.
13. Adakah kad SIM Prabayar YES boleh digunakan dengan mana-mana peranti / telefon mudah alih?

Untuk senarai penuh peranti/ telefon mudah alih yang disokong, sila layari https://www.yes.my/supported-devices.

14. Adakah kawasan tempat tinggal saya termasuk di dalam liputan rangkaian perkhidmatan YES?

Untuk menyemak kawasan liputan rangkaian YES, layari https://www.yes.my/ms/support/coverage.

15. Siapakah yang boleh saya hubungi jika saya memerlukan lebih banyak maklumat tentang Bundle Program LFH ini?

Anda boleh menghubungi kami melalui emel learnfromhome@yes.my.

SOALAN LAZIM: Program Rancangan SIM YES Kasi NUTP
1. Apakah Pelan SIM YES Kasi NUTP?
Pelan SIM YES Kasi NUTP adalah Pelan Perkhidmatan yang disediakan di bawah Perkhidmatan Prabayar oleh YTL Communications Sdn Bhd (“YES”). Ianya khusus untuk ahli yang berdaftar di bawah National Union Of The Teaching Profession Malaysia (“NUTP”). Tertakluk kepada terma dan syarat.
2. Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui bahawa saya layak mengikuti program ini?

Pertama sekali, anda perlu menjadi ahli yang berdaftar di bawah National Union Of The Teaching Profession Malaysia (“NUTP”). Sekiranya anda yakin anda layak, sila ke http://www.nutp.org.my/ untuk mendaftar sebagai ahli. Selain itu, anda tidak boleh mempunyai lebih daripada lima akaun perkhidmatan prabayar dengan YES

3. Dimana boleh saya mohon program ini?
Anda boleh memohon Pelan SIM YES Kasi NUTP melalui aplikasi MyYes kami atau di YES Online Store.
4. Berapa banyak kad SIM YES Kasi Up NUTP ("Kad SIM") yang boleh saya mohon?
Setiap pelanggan yang layak hanya boleh memohon satu Kad SIM.
5. Saya telah mengemukakan permohonan untuk Kad SIM saya, apa lagi yang perlu saya lakukan?
Setelah menerima permohonan anda, kami akan mengesahkan jika anda layak (lihat Soalan Lazim.2 untuk kriteria kelayakan) dan kami akan menghantar e-mel yang memberitahu anda sama ada anda berjaya. Sekiranya permohonan anda berjaya, Kad SIM anda akan dihantar ke alamat yang anda berikan dalam borang permohonan
6. Saya telah berjaya mendaftar kad SIM percuma dan sudah pun terima emel pengesahan. Bilakah saya akan menerima kad SIM tersebut?

Anda akan menerima nombor tracking berserta emel pengesahan. Untuk memeriksa status penghantaran sila ke www.yes.my/TrackOrder dan isikan nombor tracking tersebut di situ.

7. Saya telah menerima kad SIM percuma. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkannya supaya saya dapat menggunakan data percuma 40GB dengan serta merta?
Untuk mengaktifkan kad SIM,
(i) Muat turun aplikasi MyYes
(ii) Di laman log masuk, tekan “New User” (Pengguna Baru)
(iii) Tekan butang “Activate SIM” (Aktifkan SIM) dan seterusnya ikuti langkah-langkah pengaktifan diri yang dipaparkan di skrin
(iv) Setelah pengaktifan anda berjaya, anda boleh log masuk ke akaun dengan menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang telahpun dihantar ke emel anda. Anda juga boleh log masuk melalui nombor TAC sekiranya tidak dapat menjumpai kata laluan anda.
8. Bolehkah saya memilih nombor telefon YES apabila mendaftar untuk kad SIM?
Buat masa ini, tidak. Nombor telefon YES telah ditetapkan bagi setiap kad SIM yang setelah diaktifkan.
9. Mengapa saya perlu menyertakan maklumat MyKad dan melakukan pengecaman wajah semasa proses pengaktifan?
Langkah ini adalah berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, dimana kami perlu mengesahkan semua pelanggan kami, agar tidak berlakunya penipuan.
10. Berapa lamakah akaun Pelan SIM NUTP Yes Kasi Up saya akan aktif daripada tarikh pengaktifan kad SIM saya?
Akaun perkhidmatan Pelan SIM NUTP Yes Kasi Up anda akan kekal aktif selama 60 hari daripada tarikh pengaktifan kad SIM.
11. Apakah yang akan terjadi sekiranya akaun Pelan SIM NUTP Yes Kasi Up saya bertukar menjadi tidak aktif?
Anda masih akan menerima panggilan & SMS, mempunyai akses kepada kenalan anda serta dapat membuat panggilan kecemasan. Namun begitu, anda tidak akan dapat membuat panggilan, menghantar SMS ataupun melayari internet. Anda dinasihati untuk membeli YES Reload (tambah nilai) bagi Pelan SIM NUTP Yes Kasi Up anda. Pembelian minimum bagi Yes Reload (tambah nilai) adalah RM5 degan tempoh sah selama sepuluh (10) hari.

Sekiranya terdapat data yang tidak digunakan di akaun anda yang sudahpun tamat, data tersebut akan diluputkan.
12. Adakah data percuma 40GB ini mempunyai tarikh luput?
Ya. Tempoh sah data percuma ini adalah 60 hari bermula daripada tarikh pengaktifan kad SIM NUTP Yes Kasi Up anda.
13. Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui bahawa data percuma 40GB telah pun diterima setelah kad SIM NUTP Yes KasiUp saya diaktifkan?
Log masuk ke aplikasi MyYes. Data tersebut akan dipapar di skrin utama anda.
14. Bolehkah saya membeli Data Add-On Prabayar sebelum akaun saya tamat?
Ya, sudah tentu. Untuk maklumat lanjut bagi Data Add-On Prabayar, sila rujuk Soalan Lazim Prabayar kami.
15. Adakah saya akan dikenakan caj apabila membuat panggilan ke nombor YES yang lain?

Tiada caj dikenakan apabila panggilan dibuat ke nombor YES melalui SIM YES anda. Namun begitu, caj akan dikenakan bagi semua panggilan antarabangsa (IDD) dan SMS. Ini adalah tertakluk kepada kadar panggilan suara dan SMS yang diterbit di www.yes.my/roaming.

16. Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya membuat panggilan ke rangkaian lain?

Ya, semua panggilan tempatan ke rangkaian lain adalah tertakluk kepada kadar standard. Sila rujuk jadual dibawah:-

Jenis Perkhidmatan di luar rangkaian Kadar (RM)
Blok caj (mengikuti saat)
Panggilan SuaraRM 0.09/minit30
SMSRM 0.09/SMS-
17. Adakah saya akan dikenakan caj bagi perkhidmatan IDD?

Ya, anda akan dikenakan caj. Sila rujuk kepada kadar perkhidmatan IDD bagi panggilan suara dan SMS di www.yes.my/roaming.

18. Bagaimana jika saya mempunyai soalan lain yang tidak dinyatakan di dalam Soalan Lazim ini?

Anda boleh hantar emel ke yescare@yes.my atau muat turun aplikasi MyYes. Melalui MyYes, anda boleh uruskan akaun anda dengan aplikasi Selfcare kami.

Sign Up for Our
Touchpoints Newsletter


Find out about how we are impacting our communities. Sign up here for our quarterly newsletter!
YTL Foundation was founded in 1997 on the belief that education is the basis on which every society progresses. By improving education, empowering future generations and building tomorrow’s leaders, YTL Foundation aims to empower individuals and communities to be catalysts of change.

More Information

Helpful Links

Terms & Policies

Menu

Get In Touch

ADDRESS
YTL Foundation
[199701006074 (421570-A)]
32nd, Menara YTL
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Follow Us
Copyright © 2022 YTL Foundation [199701006074 (421570-A)]. All rights reserved
menuchevron-down